Didaftarkan pada Januari 2011. Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) atau lebih dikenali sebagai Persatuan Induk merupakan gabungan persatuan taman-taman (skim-skim) di Bandar Seri Putra.
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
-
SRABSP: Projek Wakaf Al-Quran Mencapai 50% Sasaran
Alhamdulillah, projek Wakaf 1,200 Naskah Al-Quran yang PIBG SRABSP lancarkan pada 3 Mac 2012 (semasa AGM PIBG) telah mencapai 50% sasaran (atau RM 25,200 telah dikutip). Bagi pihak PIBG SRABSP, ribuan terima kasih kepada penderma. Mudah-mudahan mendapt balasan yang setimpal daripadaNya.
Seterusnya diharap akan tampil lagi penderma bagi memenuhi keperluan 50% lagi yang diperlukan. Wakaf tersebut boleh disalurkan ke tabung PIBG SRABSP seperti yang tertera di bawah.
Diharap ibubapa, individu atau syarikat dapat membantu PIBG dalam melaksanakan hajat di atas.
Sumbangan tuan/puan, PIBG ucapkan ribuan terima kasih.
-Bagi Pihak PIBG SRABSP-
Projek Wakaf 1,200 Naskah Al-Quran
http://srabandarseriputra.blogspot.com/2012/03/catatan-mesyuarat-agung-pibg-srabsp.html




Klik untuk pembesaran
Sumbangan boleh disalurkan secara tunai, cek, wang pos atau online kepada:
PIBG SRA Bandar Seri Putra
Bank Muamalat
1408 00000 626 717
SMSkan maklumat kepada Bendahari 0166743938
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150618865553863.407031.179473523862&type=3
-
MB : Kompleks Sukan Untuk Setiap Daerah
MB : Kompleks Sukan Untuk Setiap Daerah
SHAH ALAM, 17 MEI: Setiap daerah di Selangor bakal mendapat kompleks belia melalui peruntukkan Geran Selangorku sebagai usaha membudayakan sukan.
Khabar gembira ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Ramah Mesra Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Kontinjen Selangor Sukma 2012.
Menurut Abdul Khalid, sebanyak RM 8 juta diperuntukkan bagi pembinaan kompleks ini dan semua pegawai daerah diminta bersedia untuk melaksanakan program ini.
"Setiap daerah mendapat gelanggang belia. Satu gelanggang futsal, bola jaring dan dataran belia. Peruntukan telah dibuat dan sudah diberikan.
"Dari RM20 juta, RM 8 juta digunakan untuk persediaan," katanya.
Turut hadir Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arif Abd Rahman selaku Timbalan Ketua Kontinjen.
Dr Ahmad Yunus yang ditemui dalam sidang media berkata, program kompleks belia ini akan diperluaskan ke seluruh 56 Dun di Selangor mengikut kesesuaian setempat.
"Kita menganggarkan sebanyak RM 200,000 semua prasarana yang akan dibuat dan perancangan kita ingin membuat di semua Dun dengan kos RM8 juta hingga RM10 juta.
"Bergantung kepada keperluan sebab antara spesifikasinya kalau tanah gambut kita akan adakan piling. Itu yang akan buat perbezaan dari segi harga," katanya.
Catatan: Diharap Biro Sukan & Rekreasi, PPBSP dan Biro Pembangunan & Alam Sekitar, PPBSP dapat usahakan.
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
-
[Terkini] Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2012
Semua penduduk yang diingati,
Berikutan penerimaan penyertaan bagi Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2012 dari penduduk kurang menggalakkan, pihak penganjur melanjutkan sekali lagi tarikh tutup penyertaan daripada 11 Mei 2012 kepada 16 Mei 2012.
Tarikh cabutan undi juga ditunda daripada 15 Mei 2012 kepada 18 Mei 2012.
-
SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA JBPM PUTRAJAYA 2012
Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150806173701762.391615.348304376761&type=1






Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Kali ke-37 Tahun 2012, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik.
Semua dijemput untuk hadir memeriahkan lagi Sambutan Hari Anggota Bomba ini. Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan....
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
-
[Ingatan] Jangan Main Tekan-Tekan Suis Lampu Isyarat

Saya kongsikan entri daripada salah seorang ibu. Diharap kita dapat sama-sama mengingatkan antara satu sama lain fungsi lampu isyarat yang tidak boleh dipermainkan. -PAKSI-
http://www.adzriel.com/2012/05/jangan-main-tekan-tekan-suis-lampu.html
Terima kasih kepada Puan Liza atas sikap prihatin beliau.========================Monday, 14 May 2012
Jangan main tekan-tekan suis lampu isyarat!
Agaknya hari Sabtu baru adalah sorang budak sekolah ni kata "Garangnya makcik ni!". Apa taknya, tiba-tiba aje kena sound dek aku.
Macam biasa aku menunggu anak aku, Asyikin pulang dari tusyen sekolah untuk murid-murid UPSR bermula pukul 11.00 pagi. Aku park kereta di tepi bahu jalan berhampiran dengan lampu isyarat laluan untuk pelajar sekolah melintas.
Lama menunggu di dalam kereta dengan anak bongsu aku, Arif. Kononnya malas nak keluar dari kereta sebab malas nak mendukungnya yang dah makin membesar dan aktif. Dah nak 3 tahun pada 28 Mei 2012 nanti.
Murid-murid dah mula keluar, tapi macam biasa anak dara aku tu memang lambat munculnya. Sejak dia kecil lagi begitulah keadaannya selalu saja yang lewat keluar. Suka lenggang kangkung agaknya.
Adalah 2 orang budak lelaki yang berdiri di tiang lampu isyarat sambil tangan menekan suisnya. Lampu untuk laluan kenderaan bertukar merah dan pelajar bolehlah melintas bila lampu pejalan kaki bertukar hijau. Tetapi tiada siapa pun yang melintas waktu itu termasuklah 2 orang budak lelaki tadi.
Aku hanya memerhati mereka lagi. Bila lampu merah bertukar hijau untuk laluan kenderaan, mereka mula menekan semula suis lampu isyarat. Situasi tadi berulang hingga 3 kali dengan tiada siapa pun melintas walau pun lampu hijau untuk melintas dah menyala.
"Tak boleh jadi ni!" , hati aku jadi geram.
Aku matikan enjin, dukung Arif dan melintas jalan menuju ke arah budak tu. Salah seorang sudah pun berlalu, tinggallah seorang yang masih sayangkan tiang lampu isyarat tu.
"Boleh tak jangan tekan suis tu kalau tak nak melintas?" , aku tegur budak tu dengan nada tegas, tak rendah tak tinggi.
"Jangan main tekan-tekan je, nanti jalan jadi jem kat sini!" , tambah aku lagi.
Terdiam budak tu. Nyarislah dia tak melawan cakap aku. Ada juga rasa hormatnya pada aku. Maknanya bukannya budak ni tak baik cuma nak main-main. Dia tak faham akibat dari perbuatannya. Dia mungkin hanya nampak kereta mula berhenti, kemudian bergerak. Dia tak nampak perbuatannya menyebabkan jalan menjadi semakin sesak, para pemandu menjadi marah dan mula menyumpah-nyumpah.
"Nak acik ambil gambar letak dalam facebook ke? Atau tunjuk gambar kat cikgu?" , mengugut budak tu le pulak. Ishhh... macam kejam je kan. Psikologi untuk budak-budak je.
"Lain kali jangan buat lagi tau! Pesan dengan kawan-kawan pun jangan buat macam ni! Kalau betul-betul nak melintas, baru tekan suis tu!" , aku tambah 'asam' lagi. Budak tu angguk je... fahamlah agaknya. Aku harap dia betul faham.
Bila hal begini berlaku, sebagai ibu bapa maka aku kena kerap pesan dengan anak-anak "tekan suis tu sekali je, tak payah nak tekan banyak kali. Lepas tu tunggu je dia tukar hijau".
Berilah masa untuk lampu tu bertukar warna. Takkanlah bila tekan je terus tukar warna, maunya brek mengejut kereta yang datang. Tak pasal-pasal yang terus nak melintas pulak kena langgar sebab lampu dah hijau. Lepas tu bagi alasan tak rasa bersalah "Saya lintas je lah! Saya tak salah! Kereta yang salah!", Agak-agaklah sikit!
Selepas aku berlalu dari situ, budak tu dah menjauhkan diri dari tiang tu. Tak lama kemudian aku nampak maknya datang. Maka dia pun tekan suis lampu isyarat tu. Terasa lama agaknya, dia tekan lagi. Ish.. tak puas hati, maknya tekan lagi. Geleng kepala ajelah aku waktu tu. Faham-faham sendirilah.
Budak-budak ni nak kena pesan selalu tentang sikap menekan suis lampu isyarat di depan sekolah sama ada di pihak ibu bapa atau guru-guru. Tapi kalau ibu bapa, siapa pula nak ingatkan? Aku senang je, kalau jalan agak boleh nak melintas tu malas aku nak tekan suisnya.
PAKSI
========================